Friday 6 August 2010

CinTa oR LoVe

Dah lama tak mengarang ..ehmm .. ingin ku catatkan kehidupan di alam percintaan.. Menarik ni...tajuk kali ni
 Cinta or Love
          Cinta Monyet adalah cinta paling nakal.. best .. teringat zaman 15 tahun dulu mmg tergelak sorang sorang...tetiba aku terjumpa dalam Facebook teman untuk aku bergelak tawa bersama apabila kami mengimbas kembali zaman itu .. katanya " Dulu saya suka kat awak , cuma awak jer tak layan saya"... "kenapa awak tak cakap kat saya" kataku..dia menjawab.."habis tu awak layan kawan saya, mcm mana .. nanti gaduh pulak"   hahahah sgt best statement tu ..tapi yang pastu itu dia dah mempunya anak 2.. so simpan lah sayang awak tu untuk saya selamanya di hati awak.."MENCINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKINYA".
         Aku bangga dengan cinta monyetku sebab nya cinta itu tidak melalaikan aku dalam pelajaran malah memberi aku semangat untuk aku berjuang mencapai cita-citaku...Kali ni dari usik mengusik ..cabar mencabar akhirnya aku menundukkan seorang lelaki yg berjiwa tegas.. susah jugak nak dapatkan dia .. handsome? bolehlah tahan .. kegilaan jugak tu .. kesayangan cikgu.. tapi Insan bernama Mas Ayu ni bangga dapat dia... zaman dulu kalau bercinta mesti nak gabung nama.. itu yg tak kekal tu .. hahahha .. nama kami masa tu "HANAYU".. orgnya kecik molek seorang yg tegas dan cerdik ..tapi kali ni dapat restu dari keluarga .. kedua duanya.. setelah berpisah tak tahu di mana dia berada.. kampungnya di Bestari, Simpang Ampat , Perlis..dah kawin n ada kids dah agaknya... 
        Huh di ambang SPM ..sekali lagi cinta monyet berputik.. kali ni best .. di restui semua pihak .. cikgu, keluarga kedua-duanya...dan kawan-kawan...sehingga suatu hari dikejutkan berita tergempar .. adik perempuan nya mati dirogol dan dibunuh dengan kejam.. akulah orang yang paling kuat membantu untuk memulihkan dia..itulah yang lagi membuatkan cinta kami sungguh kuat...sayang nya aku pada dia untuk cinta kali ni lain .. maybe sebab dah besar dah melangkau ke alam remaja.. kami berpisah lepas SPM.. dia entah belajar di mana dan aku di salah sebuat kolej di Kemaman.. cuba menjejaki dia tapi tak dapat maklum lah masa tu mana ada Hp.. Hp lagi .so susah nak contact..Aku doakan agar dia berjaya ...Kami berjumpa kembali setelah abg angkatku (senior di Kolejku bekerja di satu office dengan dia)..pertemuan selepas beberapa tahun kami telah berlaku di awal pagi Raya pertama ( tahun aku lupa pulak) dia call aku , katanya baru turun dari kapal ( balik keje lah tu ) nak terus ke rumah aku ..dari Kerteh to Bukit Payong, Terengganu.. huhuhu dia dah biasa dengan keluargaku (bak kata org Menantu Pilihan )...siap sampai rumah tido lagi..tengahari dia ajak balik kampung neneknya di Setiu utk menjemput Bondanya..masa tu rasanya sgt happy mungkin kami akan bersatu kembali ..rupanya...dia sudah menjadi tunangan orang dan pertunangan tak di restui oleh keluarganya.. aku ? masih jadi pilihan keluarga nya sehingga kini.. tapi aku bukan jenis perampas dan sekarang dia mempuanyi seorang anak lelaki yg comel ...hubungan aku dan dia? masih berhubung dan kami telah menjadi SAHABAT yang berkongsi suka duka..dia ke KL pasti ke rumahku ..katanya hanya aku yg amat memahami DIA...semoga kita tetap bersahabat HINGGA HUJUNG NYAWA..makcik maaf kan Ayu kerana tak dapat menjadi MENANTU makcik tapi makcik tetap di hati Ayu..
         Cerita seterusnya...Aku pun meneruskan pelajaranku ke Kolej tersebut dengan suasana baru dan kawan baru ...takut, happy dan sedih pun ada.. aku gagahi semua tu .. Minggu Orientasi kene dera lah kami ... berada di pupuk semangat masa tu huhuhu seram habis seluruh tubuh .. aku ni seorang yg peramah so tak kisah dengan tempat baru .. senang mendapat kawan ..ehmm setakat senior-senior tu kejap jer boleh rapat...masa study aku sangat aktif dan keaktifan aku tu menimbulkan byk spesikulasi.. ialah Kolej Teknnical tentu ramai lelaki dari perempuan .. yg aku peliknya macam mana aku boleh terglamour masa tu? Aku ni batch yg ke 4 tapi aku boleh kenal senior dari batch 1 lagi .. itu lah kelebihan ku cepat mesra....dalam dalam duk aktif .. sangkut jugak dengan mamat ni sorang .. mulanya aku rapat dengan orang lain tapi berCHENTA dengan orang lain pulak ...TAPI ini lah cinta pertamaku yg akan ku ingat sampai bila bila... ku semai ku baja sangat lama ...cuma JODOH kami setakat tu saja...ON OFF ON OFF 1998 hingga 2006.. aku tak pandang orang lain hatiku mmg untuk dia jer..walau ribut melanda sekali pun ... bercinta dalam study 2 tahun amat mengembirakan aku ... thank to my big brother "S", yg banyak membantu kami .. huhuhu...segalanya.. dengan gelaran Tweety utnuk aku Casper untuk dia.. itu lah Kod rahsia kami ..cinta kami berlarutan sehingga di alam pekerjaan .. masa ni lah dugaan byk menimpa kami.. susah senang kami lalaui bersama.. sehingga kami di tentang keluarga.. kata org tua tua.. kalau percintaan atau rumahtangga tak di restui ibu bapa dan keluarga ia takkan terjadi juga...agaknya itulah yg telah terjadi pada kami .. Aku terpaksa redha dengan kehendak Yang Esa...tahun Mac 206 adalah pertemuan terakhir kami .. sempat ke Damansara, Putrajaya dan Satay Kajang destinasi terakhir untuk celebrate birthday adik angkat kami juga junior kami ... dan tahun itu juga tiada lagi Birthday Celebration untuk aku sehingga tahun ini.. beza birthday kami hanya seminggu .. tiap tiap tahun kami celebrate sekali ..2 nama atas satu kek ... ( Aku amat merindui saat itu)....
          Sejak perpisahan itu aku sukar untuk mempercayai lelaki .. kalau ada pun hanya untuk menenang kan perasaan rindu ku .. aku sudah habiskan byk masa aku untuk dia .. kenapa lah aku bodoh sangat ..tgk dia skrg senang lenang , bahagia bersama anak dan isterinya..yg peliknya di mana dia berada ... aku tetap tahu sehingga sekarang .. aku pun dapat menatap wajah anak dan isterinya ... luruh jantung aku .. tapi aku gagahi juga..di alam pekerjaan , mcm -mcm aku jumpa manusia.. dan insan yg bernama lelaki .. Aku tak derlah secantik mana, tak derlah segebu Zizie Z pelakon tu .. cuma mungkin manis insan bernama Mas Ayu ini bersama lesung pipitnya dan suara manjanya itu yg bisa menambat hati lelaki..hahahha betul ker?.Kawan -kawan bertanya kenapa aku tak kawin lagi .. sedangkan 95% kawan perempuan dan lelaki dah kawin n ada anak especially kawan masa di Kolej .Dulu mereka kata akulah graduan pertama lepas grade akan kawin hahahhaah last .. aku maybe jadi penutup ...
         Kawan- kawan jawapan utk soalan tu " aku bukan memilih , aku bukan memilih tapi aku patut pilih .. sebab aku nak yg terbaik dalam hidup aku "..korang mesti tak nak aku jadi isteri ke2 ke atau 3 ker atau 4 kan ? korang mesti tak nak tgk aku menggalas tugas menjaga anak tiri yg maybe besar pada aku kan?dan korang juga mesti tak nak tgk aku merana mencari sesuap nasi utk aku berikan pada suami ku yg hanya duduk di rumah kan? itu lah di antara sebab kenapa aku tak kawin kawin lagi ... apabila aku mengexposekan diri aku di alam pekerjaan .. yg datang pada aku suami org , tunang org , pakwe org .. mintak maaf sgt sgt.. walaupun orang telah kebas KEKASIH hati aku dulu tapi aku tak berdendam utk MERAMPAS kebahagiaan orang lain .. TEMAN TAPI MESRA...? aku suka... apa yg terjadi telah membuatkan aku hidup penuh berdikari... 
        Bermula tahun 2008 aku hanya ingin ENJOY.. dapat pulak kawan yg sekepala.. lelaki perempuan mmg best.. bercuti bersama.. hang out bersama .. like a couple tapi itu lah TEMAN TAPI MESRA.. best .. masuk tahun 2010.. aku dah jadi cool .. pergi keje balik keje di rumah sepanjang masa.. jarang jarang hang out jugak but kawan pempuaan jer... big han gout bila ada kawan kawan kawin .. havoc gitu.. konvoi ramai -ramai.. kawan ku cina, india, melayu , sarawakian, sabahan .. semua ada ..1 Malaysia..
        Tapikan Lately ...dalam tahun 2010 aku ada hobi baru .. apa lagi FACEBOOK lah . Aku rasakan satu kelainan .. sebabnya seolah-olah ada satu kuasa magnet yg kuat menarik aku untuk hari hari ber FB .. dalam FB tu rupanya aku terjumpa ramai kawan kawan lama.. berbelas tahun tak jumpa akhirnya bereunion kat dalam FB..Jodoh Pertemuan di tangan Tuhan.. kita hanya merancang Tuhan yg menentukan ...mulanya ku dikejutkan dengan panggilan telefon di suatu malam...tapi panggilan tu seperti angin lalu yg langsung aku tak sematkan di hati ...maybe after a few month .. aku jumpa lagi dalam FB ..berchatting , berkomen ...sana sini... hahahah sgt lawak rasanya...after bertukar no Hp... aku dah mula rasa rindu ...fikiranku asyik terfikirkan dia ... apa sudah jadi? oh tidak .....jangan buat hal lagi.. aku paling takut kalau "dia" adalah milik org dan tetiba aku jatuh hati (tak sanggup lagi aku).. aku perlu menyiasat.. sebelum hatiku terluka lagi... Alhamdullilah ... 100% all positive about him.. sukanya aku ... tapi jgn terlalu suka byk lagi yg aku perlu tahu ...
        Sebenarnya.. aku dah tak percaya bercinta sebelum kawin ... letihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... apa kata aku nak tukar style.. mcm zaman dulu dulu .. bercinta lepas kawin ... huhuh mesti best ni .. boleh ke aku?ada ker yg nakkan aku? Aku dah mula rapat dengan nya secara aku tak sedar.. sehari tak sms huh mcm setahun ... but no good respond from him.. mcm biasa jer.. apa jenis hati ni.. tak der perasaan ker? atau saja jer nak kenakan aku? dalam FB pun selalu jumpa..yelah hari hari online.. Fb tak dapat dipisahkan lagi dengan semua orang .. like diari online...
        huhuhuhu tidakkkkk ... " Aku ..aku bagaikan sudah terkena MANTERA CINTA".." Dari manakah kau datang menyerang" Diriku ..diriku yang di sangka KEBAL.oh Jahatnya kamu ..Jahatnya kamu ...http://www.youtube.com/watch?v=BkYG_zng3ik Aku pun tak tahu mcm mana nak buat supaya dia faham ..takkan tak tahu kot ada orang nak ketuk pintu hati dia tu .. aku cuba luahkan dalam lagu .. lagu lagu yg aku postkan di FB tu kebanyakkan nya ada maksud tersirat..harap dia memahami nya .. berat mulut aku ni utk berbicara.....dear.. you can see what i'm trying to say ....

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
dan ini juga
 Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun
 YANG PALING KU NANTIKAN .. JAWAPAN UNTUK LAGU INI
http://www.youtube.com/watch?v=hBekY__Jtds


Ehmmm cerita selanjut kan akan di sambung ...di next episode... tungguuuuuuuuuuuuuuuu

No comments:

Post a Comment